All for Joomla All for Webmasters

Soalan Lazim / FAQ

1.Tarikh yang saya inginkan, tiada di sini. Apa yang saya perlu lakukan?
JAWAPAN : Tuan masih boleh berbincang dengan pihak MHB Travel. Kemungkinan tarikh yang Tuan berhajat telah ditutup sebab penuh, tetapi barangkali ada pembatalan saat-saat akhir yang boleh masukkan nama Tuan dan keluarga.

 

2.Bilakah waktu paling sesuai untuk membuat tempahan?
JAWAPAN : Tempahan perlu dibuat lebih awal serta terancang. Setiap tarikh yang diiklankan, kemungkinan cepat penuh kerana tempat duduk atau seat adalah terhad. Bagi tidak menghampakan harapan Tuan, kami cadangkan buat tempahan awal sebelum tarikh berlepas.

 

3.Bagaimana saya belum memiliki Passport & Visa?
JAWAPAN : Tentang visa, anda tak perlu bimbang kerana pihak kami akan menguruskan visa anda. Tuan dikehendaki menyediakan dokumen yang diperlukan seperti Pasport Asal, Gambar Visa, Suntikan ACYW 135 dari klinik berdekatan dan lain-lain yang berkaitan. Untuk passport, anda perlu uruskan sendiri. Jika anda belum memiliki passport, sila berbuat demikian di Jabatan Imigresen yang berdekatan dengan anda dan memastikan cawangan Jabatan Imigresen itu boleh mengeluarkan dalam tempoh 1 jam.

 

4.Adakah Pihak MHB Travel & Tours akan mengadakan Kursus Umrah dan berapa bayarannya?
JAWAPAN : Ya, kami menyediakan kursus umrah samada bersiri atau perdana. Kursus-kursus yang kami adakan setakat ini di KL, Selangor, Johor, Terengganu dan Kelantan. Boleh rujuk pada jadual kami. Kursus yang kami adakan juga terbuka dan percuma.

 

5.Berapakah bayaran pakej untuk kanak-kanak?
JAWAPAN : Bayaran pakej kanak-kanak ada bebarapa kategori. Antaranya kategori penerbangan atau pesawat. Sekiranya pesawat itu ialah pesawat charter atau tempah khas, maka kanak-kanak 2 tahun ke atas dikira sama seperti dewasa. Melainkan schedule flight sahaja yang ada pengurangan dengan mengikut kadar harga yg ditetapkan.

Walaubagaimana pun, Tuan boleh mendapat diskaun seperti pakej kanak-kanak tanpa katil dan tanpa makan. Bergantung kepada umur dan juga saiz tubuh badan kanak-kanak tersebut.

 

6.Bolehkah saya membatalkan penyertaaan saya ke Umrah?
JAWAPAN : Boleh tetapi pulangan wang adalah berdasarkan pemotongan berikut:
Deposit pendaftaran: RM1000 tidak dikembalikan
Sebelum 30 hari: separuh sahaja dikembalikan
8 –30 hari: 25% dari harga pakej dikembalikan
kurang dari 8 hari sebelum bertolak: Kesemua wang Tidak akan dikembalikan

 

7.Berapa jauh lokasi hotel di Mekah dan Madinah nanti?
JAWAPAN : Lokasi di Mekah: 150 Meter, Lokasi Madinah: 50 Meter. Sekiranya Tuan memilih Pakej Premium yang kami buat, maka hotel di Mekah adalah di bangunan jam besar atau Zam-zam Tower iaitu kurang 50 meter.

 

8.Bagaimana perjalanan sepanjang di sana, ustaz pembimbing atau mutawwif ikut bersama?
JAWAPAN : Ustaz pembimbing dan mutawif akan sentiasa bersama para Jemaah dan membantu serta berusaha mempermudahkan urusan sepanjang di tanah suci Mekah dan Madinah.

 

9.Dalam satu bilik berapa orang?
JAWAPAN : Harga yang kami pamerkan tersebut adalah untuk Satu bilik 4 – 5 jemaah. Tetapi jemaah boleh minta kepada kami untuk duduk sebilik bertiga atau sebilik berdua dengan bayaran tambahan.

 

10.Adakah boleh meminta untuk satu bilik 3 jemaah atau 2jemaah?
JAWAPAN : Boleh, tetapi bayaran tambahan akan dikenakan.

FreeCurrencyRates.com

© Copyright 2016 by MHB Travel & Tours Sdn. Bhd.