All for Joomla All for Webmasters

PENDAFTARAN

CARA PENDAFTARAN

  1. Pendaftaran perlu dibuat untuk pengesahan/booking tempat.
  2. Deposit sebanyak RM2,000 hendaklah dibuat semasa membuat pendaftaran.
  3. Bayaran penuh perlu dibuat 45 hari sebelum tarikh berangkat.
  4. Jika pendaftaran kurang dari 35 hari dari tarikh berlepas, bayaran hendaklah dijelaskan sepenuhnya semasa pendaftaran.
  5. Pendaftaran boleh dibuat melalui telefon, whatsapp atau SMS ke 019-963 1881

 

PROSES MENDAFTAR

  1. Pilih tarikh yang tuan ingin pergi menunaikan umrah.
  2. Telefon, whatsapp atau SMS 019-963 1881 untuk semak tempat samada masih kosong atau sudah penuh.
  3. Jika masih kosong, buat booking dulu, kemudian isi Borang Pendaftaran Umrah Online. Untuk pengesahsan segera, sila Maklumkan kami selepas membayar deposit dan mengisi borang.

 

CARA BAYARAN 

a. Bank-in -Tunai/ Transfer Online

b. Bukti Pembayaran Sila;

 Whatssaps 019-963 1881 atau email: mhb_travel@yahoo.com atau Fax : 09-859 7007

c. Resit Rasmi akan dikeluarkan kepada tuan selepas bayaran diterima. Untuk bayaran dengan cek, resit rasmi akan dikeluarkan selepas cek 'clear'. Tuan diminta untuk simpan semua resit yang dikeluarkan untuk rujukan kemudian nanti

 

DOKUMEN PERMOHONAN VISA

Dokumen perjalanan/pasport perlu diserahkan selewat-lewatnya 30 hari dari tarikh dijangka bertolak.

Dokumen berikut diperlukan untuk permohonan visa:

  1. Pasport antarabangsa (sah selama melebihi 6 bulan dan tidak kurang dari 6 muka surat kosong)
  2. Salinan kad pengenalan yang telah disahkan
  3. Kad Suntikan (atau Surat Akuan) "Meningitis ACYW 135" dari doktor swasta atau hospital kerajaan.
  4. 4 keping gambar terbaru berukuran 6x4cm dan berlatar belakang putih , muka zoom 70%-80%. Wajah gambar mestilah jarak ke telinga 3cm, atas kepala  ke dagu 4cm, tidak bersongkok / kopiah untuk lelaki.
  5. Salinan surat nikah disahkan Pejabat Agama (jika suami isteri)
  6. Salinan surat beranak yg disahkan JPN (jika berusia kurang 21 tahun)
  7. Salina surat beranak yg disahkan JPN (Jika pergi dengan mahram)

Kelulusan visa adalah tertakluk kepada keputusan pihak kedutaan, setiap peserta hendaklah memberikan kerjasama jika penambahan dokumen diperlukan mengikut keadaan semasa pihak kedutaan.

 

SYARAT BAYARAN BALIK, PEMBATALAN & TIDAK HADIR

a. Bayaran balik tidak diberi jika sebarang perjalanan, makanan atau perkhidmatan yang disediakan tidak digunakan.

b. Jika seseorang ingin membatalkan penyertaan yang telah disahkan seperti mana yang telah ditetapkan mereka akan dikenakan pemotongan seperti berikut:

  • Deposit pendaftaran: RM1000 tidak dikembalikan
  • Sebelum 30 hari: separuh sahaja dikembalikan
  • 8 –30 hari: 25% dari harga pakej dikembalikan
  • kurang dari 8 hari sebelum bertolak: Kesemua wang Tidak akan dikembalikan

c. Jika tidak hadir semasa waktu bertolak, tiada bayaran balik akan dikembalikan.

e. Pembayaran yang telah dibuat tetapi tidak mencukupi pada tarikh yang ditetapkan iaitu 30 hari namanya akan dibatalkan dari tempahan. Pemulangan bayaran akan dikembalikan selepas 3 bulan setelah ditolak mengikut syarat-syarat pembatalan tempahan.

f. Pembatalan pakej umrah setelah deposit dan sebarang pembayaran tiket telah dibayar ke syarikat penerbangan tidak  akan dikembalikan (Non Refundable)

e. Jemaah bertanggungjawab diatas sebarang sekatan ke luar negara oleh pihak imegresen dan kerajaan Malaysia.

BORANG : DOWNLOAD

FreeCurrencyRates.com

© Copyright 2016 by MHB Travel & Tours Sdn. Bhd.